Dasar Komuniti

Teks berikut hanyalah sekadar terjemahan bermaklumat. Satu-satunya versi yang sah di sisi undang-undang tersedia dalam bahasa Inggeris.
Tarikh berkuat kuasa: April 21, 2022

Chess.com telah menjadi komuniti catur dalam talian yang terbesar dengan jutaan ahli yang aktif yang mewakili semua negara di planet. Matlamat kami adalah untuk mencipta tempat yang seronok, selamat, dan adil bagi semua peminat catur menikmati permainan ini.

Kami menggalakkan semua ahli untuk memperlakukan orang lain sebagaimana mereka mahu diperlakukan dan untuk mengikut garis panduan khusus di bawah. Pemain-pemain dan ahli komuniti yang tidak dapat mematuhi peraturan-peraturan ini akan dikenakan amaran, hak-hak istimewa dihadkan, dipisahkan ke dalam kumpulan-kumpulan pemain yang berasingan, atau bahkan mengalami penutupan akaun mereka. Kami berhak untuk menukar Dasar Komuniti pada bila-bila masa. Pematuhan dengan Dasar Komuniti tidak membentuk jaminan akses di masa hadapan ke Chess.com atau penggunaan Perkhidmatan.

Kelakuan Komuniti

  • Berbuat baik, bersikap sedia membantu, dan memaafkan
  • Kami tidak akan bertolak ansur dengan perkauman, seksisme, ketaksuban, atau ancaman-ancaman pengganasan
  • Jangan menindas, menyerang, mengancam, mendiskriminasikan atau menganiaya ahli-ahli lain dengan apa pun cara
  • Jangan merampas jalur, troll, atau menghantar kandungan yang mengganggu atau yang tidak bermakna
  • Jangan menghantar spam, iklan, atau salin tempel komen-komen dan mesej
  • Jangan terlampau mempromosikan kelab anda
  • Jangan membahas secara terbuka topik-topik agama atau politik
  • Jangan menghantar kandungan yang lucah atau bersifat pornografi
  • Jangan membincangkan aktiviti-aktiviti haram
  • Jangan buka lebih daripada dua akaun (akaun tanpa nama yang kedua dibenarkan untuk tujuan latihan)

Kesukanan

  • Janganlah batal permainan-permainan dengan kerap
  • Jangan membuat lawan anda menunggu tanpa sebab yang munasabah
  • Jangan putuskan sambungan atau berhenti tanpa menyerah kalah apabila tewas
  • Jangan mengganggu atau menuduh lawan anda
  • Ikuti Dasar Main Adil

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai dasar-dasar kami, sila hubungi Pasukan Sokongan kami.