Dasar Main Adil Chess.com menyokong misi kami untuk mengekalkan platform yang bersih dan adil untuk pemain-pemain catur di seluruh dunia. Sehubungan dengan misi ini, kami berhak untuk memantau semua permainan catur yang dimainkan di platform kami mengikut budi bicara kami.
Anda bersetuju untuk menyokong misi kami untuk mengekalkan platform yang bersih dan adil dengan tidak terlibat dalam sebarang kelakuan tidak jujur, menipu, curang atau lain-lain kelakuan serupa semasa bermain di platform kami atau dalam acara-acara kami, termasuk yang berikut:
- Semua pergerakan anda mesti dilakukan sendiri.
- Jangan menipu dengan apa cara pun.
- Jangan dapatkan bantuan daripada orang lain, termasuk ibu bapa, rakan-rakan, jurulatih atau pemain lain.
- Jangan gunakan enjin-enjin catur, sebarang jenis perisian, robot, plugin, sambungan pelayar web, atau sebarang alat yang menganalisiskan posisi-posisi semasa bermain. Kami boleh mengesan jika anda menggunakan mana-mana program ini.
- Jangan gunakan pangkalan data atau sebarang sumber lain yang menunjukkan langkah terbaik (dalam catur Dalam Talian dan Harian).
- Anda boleh menggunakan Peneroka Pembukaan atau buku-buku lain dalam catur Harian sahaja (bukan dalam permainan Dalam Talian / Langsung).
- Jangan lakukan sebarang analisis automatik atau "pemeriksaan kesilapan" bagi permainan-permainan anda yang sedang dijalankan.
- Jangan benarkan orang lain menggunakan akaun anda.
- Jangan gunakan akaun orang lain.
- Jangan memanipulasikan taraf, perlawanan, atau keputusan permainan secara tiruan.
- Jangan mengganggu permainan ahli-ahli lain.
- Mengesyaki bahawa lawan anda menggunakan bantuan luar bukanlah alasan untuk melakukan perkara yang sama. Jika anda mengesyaki seseorang menipu, laporkan pemain itu kepada Chess.com.
NOTA: Dasar Main Adil ini diguna pakai untuk penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda; walau bagaimanapun, ia tidak terpakai kepada permainan anda yang tidak menentang pengguna-pengguna lain, seperti dalam mod permainan lawan komputer Chess.com (iaitu, bukan manusia, maya) "robot". Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengembangkan atau mengecilkan mana-mana pengecualian yang terpakai kepada Dasar Main Adil pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda, jadi anda harus tetap biasa dengan dasar ini.
AMARAN: Selaras dengan Perjanjian Pengguna kami, jika kami menentukan atau mengesyaki bahawa anda telah melanggar Dasar Main Adil kami dalam apa jua cara, maka kami boleh menutup akaun anda dan melabelnya ditutup secara terbuka untuk pelanggaran Main Adil. Kami juga berhak dan mengekalkan hak sepenuhnya untuk mengambil sebarang tindakan yang kami anggap wajar sebagai tindak balas kepada pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki terhadap Dasar Main Adil kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada mendedahkan fakta, komunikasi, dan penemuan-penemuan secara terbuka mengenai sebarang pelanggaran Dasar Main Adil dan mendedahkan material tersebut kepada pihak berkuasa kerajaan atau badan induk catur. Semua perubahan status akaun dibuat mengikut budi bicara kami. Di bawah beberapa keadaan, termasuk untuk pemain-pemain bergelaran, kami mungkin, mengikut budi bicara kami, membenarkan anda membuka akaun peluang kedua, tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat tambahan, termasuk peruntukan anda untuk pengakuan bertulis mengenai pelanggaran anda dalam bentuk perjanjian yang kami sediakan. Jika pelanggaran lanjut Dasar Main Adil dikesan, anda akan dikenakan pengharaman seumur hidup daripada Chess.com. Untuk mengelakkan keraguan, Chess.com tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan akaun peluang kedua, walaupun untuk pemain-pemain bergelaran, dan menyemak pelanggaran Dasar Main Adil berdasarkan kes demi kes.
Perjanjian Pengguna kami juga mempunyai peraturan-peraturan tingkah laku khusus dan sekatan-sekatan lain yang para pengguna mesti patuhi apabila menggunakan Perkhidmatan. Sebagai syarat penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, anda mesti mematuhi Dasar Main Adil ini dan Perjanjian Pengguna kami. Sekiranya berlaku sebarang konflik antara Perjanjian Pengguna kami dan Dasar Main Adil ini, Perjanjian Pengguna kami akan menggantikan. Semua istilah berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan dalam Dasar Main Adil ini mempunyai maksud masing-masing yang dinyatakan dalam Perjanjian Pengguna.
Kami berhak untuk mengubah suai dasar ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis kepada anda, dalam hal ini kami akan mengemas kini tarikh "Dikemas Kini Pada" di bahagian atas Dasar Main Adil ini.